Kapal selam baharu Russia mampu musnahkan sebuah bandar.

April 30, 2019 . 0 Comments

Kapal selam baharu Russia mampu musnahkan sebuah bandar.

KAPAL selam ‘Belgorod’ dilancarkan dari kilang di Sevmash, barat laut Russia. - Foto The Times

Kapal selam baharu Russia mampu musnahkan sebuah bandar.

MOSCOW: Russia melancarkan kapal selam senjata nuklear terbesar yang dipantau sendiri oleh Presiden Valdimir Putin.Kapal selam itu dinamakan sebagai ‘Belgorod’, ia dilancarkan dari kilang di Sevmash, barat laut Russia, Selasa lalu sambil dipantau Putin menerusi persidangan video.Belgorod direka untuk membawa dron senjata nuklear ‘Poseidon’, ia adalah senjata ‘kiamat’ yang mampu memusnahkan seluruh bandar hanya dengan mencetuskan tsunami.Pengarah kilang kapal itu, Mikhail Budnichenko berkata, syarikatnya akan membina kapal selam terbabit dalam tempoh yang ditetapkan serta menjamin kualiti.
Kapal selam itu akan disiapkan secara terapung dan sumber pertahanan berkata, reaktor nuklear kapal selam itu akan diuji, lewat tahun ini dengan ujian di laut ditetap kan pada 2020 dengan penggunaannya disasarkan menjelang akhir tahun sama.Putin kali pertama menyebut mengenai dron kuasa nuklear itu dalam ucapan tahunan, tahun lalu, dengan berkata ia bakal menjadikan sistem pertahanan Amerika Syarikat (AS) tidak berguna.Dron itu dibina menyerupai bentuk peluru berpandu, namun lebih besar daripada senjata konvensional dengan panjang sehingga 24 meter. Ia perlu dibawa kapal selam yang direka khas.
Apabila dilancarkan, senjata itu boleh dikawal dari jauh untuk melepasi pertahanan dan tidak mempunyai had jarak kerana mempunyai enjin reaktor nuklear.Laporan mengenai kelajuannya pelbagai, ada yang menyatakan kelajuannya hanya 70 batu sejam dan sehingga 124 batu sejam, pastinya senjata itu sukar dihentikan.Senjata itu juga boleh bertindak sebagai kenderaan dalam air tanpa pemandu (UUV), ia mampu beroperasi berbatu-batu di bawah ombak untuk melakukan pemetaan dasar laut menggunakan sistem pengimejan sonar atau lebih dikenali sebagai pengimejan tepi.
UUV itu mungkin boleh digunakan untuk misi sabotaj kabel tenaga atau internet dasar laut, ketika konflik.Kapal selam gergasi itu mempunyai kapal selam mini sepanjang 54 meter di bawahnya. Kapal yang boleh memuatkan 25 kru itu boleh digunakan untuk penyelidikan, operasi menyelamat atau operasi khas tentera.Apa yang lebih musykil, komander kapal selam itu akan melaporkan terus kepada Presiden Putin berbanding komander tertinggi tentera laut, ia menjadikan Belgorod lebih kepada agensi risikan laut dalam berbanding kapal selam biasa. 

0 Comments:

April 20, 2019 . 0 Comments

Image result for gambar bantahan uec

0 Comments:

April 20, 2019 . 0 Comments

Putrajaya U-Turn lagi: “Manifesto bukan kitab suci!” – PM

Parlimen, 16 Julai : Putrajaya melakukan U-turn lagi berhubung perlantikan speaker dewan rakyat semalam. Berdepan kritikan, Perdana menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir berkata manifesto buku Pakatan Harapan bukanlah “kitab suci” yang wajib dipatuhi.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui HARAPAN tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.
“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.
Screenshot_2018-07-16-19-06-22-92
Gambar dari Malaysiaworldnews
TTKM mendapati Janji 16 muka surat 55, dalam buku Harapan dengan jelas akan memastikan Speaker  dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat, yang merujuk kepada ahli parlimen yang dipilih pada PRU 14.
“Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara akan dipastikan dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan yang mempunyai integriti dan kredibiliti. Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara mestilah berhenti daripada politik kepartian sebaik sahaja menerima jawatan tersebut. “ – Buku Pakatan Harapan.
mani
Janji no 16 : Muka surat 55 buku manifesto Pakatan Harapn
Persidangan Dewan Rakyat semalam menyaksikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker baru, dimana beliau bukanlah ahli dewan rakyat.
Sejak memenangi pilihanraya pada 9 Mei lepas, kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan beberapa U-turn, sehingga menjadi bahan jenaka di media sosial dengan jolokan Pakat-U-Turn Harapan.