Perbezaan antara sistem ekonomi islam vs ekonomi konvensional
1. PERBEZAAN ANTARA SISTEM EKONOMI ISLAM VS EKONOMI KONVENSIONAL BPMS2033 Etika Perniagaan Islam dan Tanggungjawab Sosial Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 1
2. Pengenalan • Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu sendiri merupakan kajian tentang aktiviti tingkah laku manusia yang menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah. • Kesemua sumber-sumber alam ciptaan Allah digunakan dengan adil dan cekap sejajar dengan hukum-hukum syarak. Kesemua sumber- sumber alam ini digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah. • Setiap sistem ekonomi itu mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Perlu diketahui bahawa matlamat utama sistem ekonomi islam ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat ataupun yang dikenali sebagai al-Falah (Mohd Dali at el, 2004). • Agama Islam telah menganggap kegiatan ekonomi ini sebagai ibadah yang perlu ada bagi kegunaan manusia. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 2
3. • Dalam konteks ini, kegiatan ekonomi dalam sistem ekonomi Islam merupakan ibadah yang merangkumi tanggungjawab manusia dengan Allah sebagai pencipta dan juga hubungan manusia sesama manusia. • Kesimpulannya, dapatlah dikatakan yang seluruh insan bertanggungjawab terhadap amanah yang telah ditetapkan oleh Allah. • Ekonomi Islam berlandaskan beberapa sumber utamanya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai ciri utamanya. Hal ini memberi makna dan panduan kepada manusia semasa menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 3
4. SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL • Sistem ekonomi konvensional boleh dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. • Suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut ketentuan masyarakat. • Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem kapitalis, sosialis, komunis dan ekonomi campuran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 4
5. 1. SISTEM EKONOMI KAPITALIS • Sistem ekonomi kapitalis merupakan sistem perusahaan bebas iaitu satu sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan dan berasaskan keuntungan. • Bebas mencari keuntungan • Menimbulkan masalah sosial dan ekonomi kerana terlibat dengan aktiviti monopoli sehingga terjadi persaingan bebas. • Tidak mementingkan kebajikan masyarakat malah hanya menjaga kepentingan individu. • Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini adalah bersifat individu serta individu juga bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asalkan kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan oleh masyarakat maka hak-hak ini boleh di atasi melalui tindakan masyarakat itu sendiri. • Terlibat dengan melihat kepada kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetapkan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. • Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 5
6. SAMB… · Pemilikan sumber Ø Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu. Ø Sumber ekonomi digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barangan. Ø Individu bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh serta memenuhi kepuasan mereka. · Matlamat pengeluaran Ø Firma mempunyai matlamat memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan masyarakat. · Peranan mekanisme harga Ø Harga di pasaran ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga. Ø Pengeluar akan mengeluarkan barangan yang secara relatif lebih untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Ø Pengguna pula akan membeli barang secara relatif lebih untuk memperolehi utiliti maksimum. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 6
7. SAMB… · Persaingan Ø Individu bebas bersaing antara satu sama lain. Ø Pengeluar juga bebas bersaing dalam teknik pengeluaran. Ø Dengan wujudnya persaingan, barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah lebih berkualiti dan mempunyai harga berpatutan. · Keagungan pengguna dalam pasaran Ø Pengguna dianggap sebagai ‘raja’ dalam pasaran. Ø Ini kerana corak peruntukan sumber-sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna. Ini bermakna pengeluar akan mengeluarkan keluarannya dengan berpandukan kepada permintaan pengguna. Ø Pengeluar hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan sahaja supaya dapat menjamin keuntungan. Oleh itu, kejayaan pengeluar dan kejayaan pasaran adalah bergantung kepada pengguna. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 7
8. 2. SISTEM EKONOMI SOSIALIS • Sistem ekonomi ekonomi sosialis atau juga dikenali sebagai sistem perancangan pusat. • Sistem ekonomi ini diamalkan bagi mengelakkan masalah- masalah timbul daripada sistem ekonomi pasaran bebas. • Kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab dalam memutuskan persoalan masalah asas ekonomi. Oleh itu, kerajaan terlibat secara langsung dalam merancang dan mengawal kegiatan ekonomi. • Dalam sistem ekonomi ini juga, kerajaan memiliki kuasa penuh dalam faktor pengeluaran atau sumber ekonomi, manakala rakyat atau individu tidak diberi kebebasan untuk memilikinya. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 8
9. SAMB… · Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi. Dalam sistem ekonomi sosialis ini kerajaan campur tangan sepenuhnya dalam ekonomi melalui badan perancang ekonomi. Badan ini berfungsi dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Badan ini juga akan menentukan apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan. Selain itu, badan ini juga menentukan cara atau kaedah untuk mengeluarkan barang dan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada masyarakat supaya matlamatnya tercapai. · Hak Milik Negara. Hak milik negara bermaksud, segala faktor-faktor pengeluaran dalam negara adalah dimiliki sepenuhnya oleh pemerintah. Ini bererti, individu atau firma dalam negara itu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian. Individu juga tidak ada kebebasan dalam soal ekonomi, misalnya individu tiada hak untuk memilih pekerjaan. Ini bermakna, semua individu akan bekerja dengan kerajaan untuk mengeluarkan barang. Manakala, kerajaan pula akan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada semua rakyat dan rakyat tidak mempunyai hak untuk memilih barang yang disukai. tiada motif keuntungan. · Kebajikan Masyarakat dan Bukannya Keuntungan. Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menguruskan ekonomi negara secara adil dan saksama dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan. Perancangan di peringkat pusat akan menentukan projek ekonomi yang akan dijalankan. Projek-projek yang dirancang akan menyumbangkan kebajikan kepada rakyat dan masyarakat. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 9
10. 3. SISTEM EKONOMI KOMUNIS • Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan secara langsung dasar pasaran bebas. • Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. • Rakyat dan syarikat swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. • Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. • Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. • Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara atas kehendak rakyatnya sendiri. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 10
11. SAMB.. • Ideologi semata-mata • Dijadikan sebagai alat kekuassaan • Prinsip utama adalah semuanya milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran rakyat secara saksama. • Komunisme juga disebut sebagai anti liberalisme. • komunisme melampaui agama. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 11
12. 4. SISTEM EKONOMI CAMPURAN • Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. • Sistem ekonomi ini menggunakan mekanisme pasaran serta membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi. • Campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme pasaran. • Masalah asas ekonomi campuran diselesaikan secara bersama oleh kerajaan dan pihak swasta. Walau bagaimanpun, kuasa permintaan dan penawaran masih dipengaruhi oleh mekanisme pasaran. • Individu dan firma dalam ekonomi campuran mempunyai kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran. • Sistem ekonomi campuran bermotifkan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan kepentingan pengguna dan faktor-faktor pengeluaran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 12
13. 5. SISTEM EKONOMI ISLAM • Berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah • Menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah dengan cekap dan adil. • Semua sumber adalah hak milik Allah dan manusia sebagai khalifah untuk menjaga, mengawal dan menguruskan sahaja. • Tidak melakukan pembaziran • Menguruskan sumber bahan mentah dengan amanah dan bertanggungjawab. • Tidak merosakkan dan memudhoratkan. • Diagihkan secara sama rata. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 13
14. SAMB… • Sistem ekonomi Islam adalah satu disiplin sains yang menkaji permasalahan dan kegiatan berdasarkan sistem nilai atau peraturan Islam dalam menguruskan sumber- sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan semua masyarakat demi mendapat keredhaan Allah. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 14
15. SAMB… • Sistem ini menentang amalan riba dan faedah kerana ia mempunyai unsur-unsur penindasan. • Sumber rujukan yang utama dalam sistem ekonomi Islama adalah Al-quran dan Al- sunnah. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 15
16. CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM i. Pemilikan Sumber Setiap individu adalah pemegang amanah dan mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekenomi dan kekayaan keatas sumber ciptaan Allah. ii. Motif Ekonomi Matlamat sistem ekonomi Islam adalah tidak mementingkan keuntungan semata-mata kerana yang lebih penting adalah kebajikan masyarakat. Matlamat ekonomi ini yang sebenar ialah untuk mencapai Al-Falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. iii. Persaingan Yang Sihat Dibenarkan Melalui sistem ekonomi Islam, persaingan secara adil dan saksama digalakkan kerana dalam sistem ini kegiatan seperti penindasan, makan riba, sorokan dan sebagainya adalah diharamkan. iv. Kebebasan Membuat Keputusan Ekonomi Individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi seperti menentukan jenis barang, cara barang yang hendak dikeluarkan dan sebagainya asalkan tidak melanggar hukum syarak. v. Sistem Yang Bukan Ciptaan Manusia Sistem ini berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis di mana hokum yang ditentukan oleh syarak tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun kerana Islam lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan. vi. Tujuan Kegiatan Ekonomi Segala kegiatan ekonomi yang dilaksanakan mengikut ajaran Islam akan diberi ganjaran di hari akhirat. Hal ini kerana tujuan kegiatan ekonomi Islam adalah untuk memenuhi tuntutan ibadah serta bagi menjamin kesejahteraan di dunia malah di akhirat kelak. vii. Pemilikan Harta Setiap individu merupakan pemegang amanah Allah. Mereka berhak memiliki harta yang hanya perlu dikendalikan dengan baik. Pengagihan harta secara adil dan saksama adalah wajib bagi golongan yang berada bagi mengurangkan jurang perbezaan antara golongan yang berada dan golongan yang kurang berada sebagai membersihkan harta mereka. Semua masyarakat dibenarkan menikmati sumber-sumber penting kerana setiap individu dilarang melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat seperti pencemaran. viii. Kebebasan Persaingan Islam membenarkan umatNya bebas melakukan aktiviti ekonomi. Oleh itu persaingan antara mereka adalah dibenarkan secara ail dan saksama. Riba adalah diharamkan dalam urusan ekonomi ini. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 16
17. UNSUR-UNSUR YANG TIDAK ADA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM TETAPI ADA DALAM SISTEM KONVENSIONAL • UNSUR TANAJUSY • UNSUR GHARAR • UNSUR TADLIS AL ‘AIB • UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY • UNSUR GHALAT Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 17
18. UNSUR TANAJUSY • Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli tidak mahu membeli barangan berkenaan. • Persepakatan ini bertujuan supaya orang lain terpedaya dan merebut-rebut ingin membeli yang dengan sendirinya menaikkan permintaan dan penjual menikmati harga tawaran tertinggi ini menguntungkan penjual. • Ini kadang-kadang berlaku di bursa-bursa saham dan disebut sebagai ‘market manipulation by syndicates’. Dalam membentuk sesuatu system kewangan Islam, adalah wajar untuk mengadakan mekanisme bagi mengawal wujudnya keadaan tersebut. Ia dianggap unsur negative dalam pasaran menurut fiqh Islam. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 18
19. UNSUR GHARAR • Gharar merujuk kepada ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang tidak pasti wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh Islam menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar. • Gharar jika yasir, yakni tidak melampau dianggap fenomena biasa dalam pasaran. Ini kerana untuk membasmi dan menjamin pasaran tidak ada sama sekali unsur gharar adalah suatu yang terlalu rumit. Oleh itu, fiqh Islam mengganggap al-gharar al-yasir tidak menjadi suatu kecacatan pasaran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 19
20. UNSUR TADLIS AL ‘AIB • Tadlis al-‘aib bermaksud menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang diketahui ada pada sesuatu yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. • Kontrak mestilah bersih dari unsur ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan pertimbangan sendiri. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 20
21. UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY • Alghabnu bermaksud kurang. Dalam kontrak al- mu’awadhah al-maliah (pertukaran pemilikan harta) al- ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau pihak penerima kontrak. • Dalam konteks harga terlalu tinggi, penjual memperoleh keuntungan melampau, manakala pembeli mengalami kerugian teruk manakala pembeli mengalami keuntungan tinggi. • Sekiranya al-ghabnu al-fahisy berlaku kerana suasana pasaran sesuai dengan permintaan dan penawaran yang biasa tidak menjadi satu kesalahan menurut fiqh Islam. Seperti gharar, jika al-ghabnu al-yasir (tidak melampau) ia diiktiraf suatu yang normal dan fiqh Islam mengganggapnya bukan suatu kecacatan pasaran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 21
22. UNSUR GHALAT • Ghalat bermaksud kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran. Ghalat yang danggap tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-‘aqid yang bermaksud kesilapan kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak. • Ghalat yang mesti dipastikan tidak wujud ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata). Pihak-pihak yang berkontrak harus menentukan jenis perkara yang dilakukan kontrak keatasnya. • Seboleh-bolehnya perkara yang dikontrakkan itu wujud bersama semasa pihak-pihak itu berkontrak: sifat-sifatnya dilihat, diketahui dan ditentukan. Pada keadaan perkara yang dikontrakkan itu tidak wujud semasa pihak-pihak itu berkontrak, pihak-pihak yang terlibat mesti menentukan dengan jelas sifat-sifat perkara yang akan wujud itu. • Para ekonomi nonmuslim mengakui sistem ekonomi islam.Menurut mereka, Islam telah sukses menggabungkan etika dan ekonomi sementaa sistem kapitalis dan sosialis memisahkan keduanya. • Jack Austria, seorang Perancis, dalam bukunya Islam dan pengembangan Ekonomi mengatakan, “Islam adalah gabungan antara tatanan kehidupan praktis dan sumber etika yang mulia. Antara keduanya terdapat ikatan sangat erat yang tidak terpisahkan. Dari sini boleh dikatakan bahawa orang islam tidak akan menerima ekonomi kapitalis. • Dan ekonomi yang kekuatannya berdasarkan wahyu dari labgit itu tanpa diragukan lagi adalah ekonomi yang berdasarkan etika”. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 22
23. Penutup • Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis pada masa ini mengalami kepincangan di dalam memastikan keadilan yang saksama dalam hal ekonomi. • Krisis ekonomi yang melanda ekonomi dunia terkesan dari kepincangan ekonomi kapitalis dan keruntuhan ekonomi sosialis digambarkan dengan kejatuhan Rusia sebagai kuasa besar. • Rentetan dari kepincangan ekonomi ini membuatkan ramai pakar ekonomi mula mempersoalkan keutuhan sistem-sistem ekonomi ini. • Malah ramai yang mula untuk melihat kepada perbankan Islam dan pasaran modal Islam walaupun tidak melihat keseluruhan sistem ekonomi Islam sebagai pengganti sistem sedia ada dan menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 23
24. SAMB.. • Perbezaan utama di antara sistem-sistem dengan sistem ekonomi Islam adalah konsep tauhid dimana ianya akan membezakan justeru aspek-aspek dan komponen-komponen dalam di dalam sistem ekonomi tersebut. • Sistem ekonomi bukan Islam di bangunkan dengan riba yang mana dilarang secara keras di dalam ekonomi Islam. • Di suatu ekstrem, sistem kapitalis member kebebasan sepenuhnya di dalam pemilikan dan aktiviti ekonomi dan di suatu ektrem yang lain sistem sosialis tidak memberikan kebebasan di dalam pemilikan aktiviti ekonomi. • Sistem ekonomi Islam mengambilkira pendekatan yang sederhana dengan member kebebasan dan juga mengutamakan masyarakat, justeru mengurangkan jurang perbezaan di antara yang berada dan yang tidak berada dengan peranan individu dan kerajaan melalui aliran zakat sebagai contohnya. • Objektif utama sistem ekonomi Islam ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt dengan memaksimakan falah dengan mendapatkan keuntungan yang berpatutan sementara itu sistem kapitalis hanya memaksimakan keuntungan di mana sistem sosialis memaksimakan pengeluaran. • Disamping itu, sistem ekonomi Islam bersifat normatif berbanding kapitalis yang bersifat positif dan sosialis yang bersifat konstruktif. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 24
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since, and more recently with desktop publishing software.
Melisa Edwards
Food Critic
Sports
4/block2/recent
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since, and more recently with desktop publishing software.
Janie Doe
UI Designer
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since, and more recently with desktop publishing software.
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since, and more recently with desktop publishing software.
Kearah Ekonomi Dan Sosial Yang Lebih Adill Dan Seimbang.
Generate More Traffic on your Website.
It is a long established fact that a reader will be distracted by the readable content of a page when looking at its layout. The point of using Lorem Ipsum is that it has a more-or-less normal distribution of letters, as opposed to using 'Content here, content here'.
0 Comments