Sistem Ekonomi Islam
ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah .
Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu
sendiri merupakan kajian tentang aktiviti tingkah laku manusia yang menggunakan
sumber-sumber alam ciptaan Allah. • Kesemua sumber-sumber alam ciptaan Allah
digunakan dengan adil dan cekap sejajar dengan hukum-hukum syarak. Kesemua
sumber- sumber alam ini digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat bagi
mendapat keredhaan Allah. • Setiap sistem ekonomi itu mempunyai matlamat dan
tujuannya yang tersendiri. Perlu diketahui bahawa matlamat utama sistem ekonomi
islam ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat • Agama
Islam telah menganggap kegiatan ekonomi ini sebagai ibadah yang perlu ada bagi
kegunaan manusia.
Dalam konteks ini, kegiatan ekonomi dalam sistem ekonomi
Islam merupakan ibadah yang merangkumi tanggungjawab manusia dengan Allah
sebagai pencipta dan juga hubungan manusia sesama manusia. • Kesimpulannya,
dapatlah dikatakan yang seluruh insan bertanggungjawab terhadap amanah yang
telah ditetapkan oleh Allah. • Ekonomi Islam berlandaskan beberapa sumber
utamanya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai ciri utamanya. Hal ini
memberi makna dan panduan kepada manusia semasa menjalankan kegiatan-kegiatan
ekonomi.
Firman Allah S.W.T.yang bermaksud;
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah
seperti sebutir benih yang menumbuhkan
tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi
siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaberkuasa, Maha Mengetahui.” (Surah - Al
Baqarah, 2: 261)
Ertinya, 700 kali ganda ganjaran dari Allah Swt. bagi
sesiapa yang membelanjakan hartanya di
jalan Allah. Seumpama tanaman atau tumbuhan, berupa sebuah pohon yang memiliki
tujuh cabang dan setiap cabang memiliki tujuh ranting. Kalau rantingnya
seratus, berapa banyak daun-daunnya, berapa banyak buahnya, berapa banyak
bunganya, kemudian berapa banyak benih baru yang dilahirkannya, berapa banyak
perkembangannya? Tidak terkira bagi kita untuk menghitungnya. Tentu ada catatan
bahwa yang ditanam adalah benih (harta terbaik, terhalal), di tanam di tempat
yang paling subur (diberikan kepada yang paling berhak: kaum kerabat yang fakir
miskin, yang bekerja untuk kita, kepada tetangga, guru kita, dan lainnya),
disiram dengan air (doa, istighfar, dan amal soleh), dan dijaga dari haiwan dan
serangga (ujub, riya, sum’ah, takabur, tidak ikhlas, dan lainnya).
Allah Swt. melipatgandakan dari satu menjadi tujuh kemudian
menjadi seratus. Seratus ini bukan angka mati kerana masih mungkin akan terus berkembang
ke peringkat seterusnya . Sedekah kita serta
perbelanjaan dijalan Alah akan menjadi
tabungan amal produktif yang akan Allah Swt. dilipatgandakan sesuai dengan
kehendak-Nya.
Firman Allah S.W.T.yang bermaksud;
”Katakanlah, ’Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya
bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.’ Dan apa saja yang
kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”
(Surah - Saba, 34: 39)
Ayat yang mulia ini
merupakan sebuah peringatan bahawa tidak akan ada yang hilang dari rezeki yang
kita nafkahkan di jalan Allah Swt. Dengan membelanjakan harta dijalan Allah litulah harta kita akan
menjadi kekal.
”… ada yang memandang apa yang diinfakkannya (di jalan Allah)
sebagai suatu kerugian; dia menanti nanti kerugian menimpanya, merekalah yang
akan ditimpa kerugian . Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Surah - At
Taubah, 9: 98)
Sesungguhnya,berbelanja di jalan Allah , infak dan sedekah
akan menghindarkan kita dari kerugian, bencana, kesusahan, dan ancaman bahaya
didalam masyarakat. Kerana perbelanjaan dijalan Allah serta sedekah akan mampu
mengubah takdir buruk seseorang yang dilandamusibah atau masalah menjadi takdir
yang lebih baik kerana mereka yang dilanda kesusahan serta
musibah akan dibantu oleh mereka yang lebih berkemampuan serta mempunyai
kelapangan dikalangan masyarakat .
Firman Allah S.W.T.yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan
menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari
jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
SISTEM EKONOMI ISLAM • Berpandukan al-Qur’an dan
as-Sunnah • Menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah dengan cekap dan adil.
• Semua sumber adalah hak milik Allah dan manusia sebagai khalifah untuk
menjaga, mengawal dan menguruskan sahaja. • Tidak melakukan pembaziran • Menguruskan
sumber dengan amanah dan
bertanggungjawab. • Tidak merosakkan dan memudaratkan. • Diagihkan secara adil
dan saksama.
PENDAPATAN SERTA KEKAYAAN BEBERAPA INDIVIDU DI MALYSIA ATAU DINEGARA
LAIN BERKALI GANDA DARI GABUNGAN
PENDAPATAN BERPULUH JUTA RAKYAT MALAYSIA
, TELAH MENYEBABKAN KEPINCANGAN DALAM
SOSIO EKONOMI NEGARA KERANA KEKAYAAN NEGARA HANYA DIMONOPOLI SERTA DIMILIKI BEBERAPA
INDIVIDU SAHAJA.
SEBAHAGIAN ATAU LEBIH KURANG 8 JUTA ORANG PEKERJA
DI MALAYSIA BERPENDAPATAN KURANG RM 2000 SEBULAN
Sistem ekonomi Islam adalah satu disiplin sains yang menkaji
permasalahan dan kegiatan berdasarkan sistem nilai atau peraturan Islam dalam
menguruskan sumber- sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan
semua masyarakat demi mendapat keredhaan • Sistem ini menentang amalan riba dan
faedah kerana ia mempunyai unsur-unsur penindasan. • Sumber rujukan yang utama
dalam sistem ekonomi Islam adalah Al-quran dan Al- sunnah.
CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM . Pemilikan Sumber Setiap individu
adalah pemegang amanah dan mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekenomi
dan kekayaan keatas sumber ciptaan Allah. Motif Ekonomi Matlamat sistem ekonomi
Islam adalah tidak mementingkan keuntungan semata-mata kerana yang lebih
penting adalah kebajikan masyarakat. Matlamat ekonomi ini yang sebenar ialah
untuk mencapai Al-Falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Persaingan Yang Sihat Dibenarkan Melalui sistem ekonomi Islam, persaingan
secara adil dan saksama digalakkan kerana dalam sistem ini kegiatan seperti
penindasan, makan riba, sorokan dan sebagainya adalah diharamkan.
Kebebasan Membuat Keputusan Ekonomi Individu bebas
menjalankan aktiviti ekonomi seperti menentukan jenis barang, cara barang yang
hendak dikeluarkan dan sebagainya asalkan tidak melanggar hukum syarak. Sistem Yang Bukan Ciptaan Manusia Sistem ini
berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis di mana hukum
yang ditentukan oleh syarak tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun
kerana Islam lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada
keuntungan. Tujuan Kegiatan Ekonomi
Segala kegiatan ekonomi yang dilaksanakan mengikut ajaran Islam akan diberi
ganjaran di hari akhirat. Hal ini kerana tujuan kegiatan ekonomi Islam adalah
untuk memenuhi tuntutan ibadah serta bagi menjamin kesejahteraan di dunia malah
di akhirat kelak. .
Pemilikan Harta Setiap individu merupakan pemegang amanah
Allah. Mereka berhak memiliki harta yang hanya perlu dikendalikan dengan baik.
Pengagihan harta secara adil dan saksama adalah wajib bagi golongan yang berada
bagi mengurangkan jurang perbezaan antara golongan yang berada dan golongan
yang kurang berada sebagai membersihkan harta mereka. Semua masyarakat
dibenarkan menikmati sumber-sumber penting kerana setiap individu dilarang
melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat seperti pencemaran. Kebebasan Persaingan Islam membenarkan umatnya
bebas melakukan aktiviti ekonomi. Oleh itu persaingan antara mereka adalah
dibenarkan secara ail dan saksama. Riba adalah diharamkan dalam urusan ekonomi
ini.
UNSUR-UNSUR YANG TIDAK
ADA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM TETAPI ADA DALAM SISTEM KONVENSIONAL • UNSUR
TANAJUSY • UNSUR GHARAR • UNSUR TADLIS AL ‘AIB • UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY •
UNSUR GHALAT
UNSUR TANAJUSY • Al-Tanajusy merujuk kepada suatu
persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan
keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli tidak
mahu membeli barangan berkenaan. • Persepakatan ini bertujuan supaya orang lain
terpedaya dan merebut-rebut ingin membeli yang dengan sendirinya menaikkan
permintaan dan penjual menikmati harga tawaran tertinggi ini menguntungkan
penjual. • Ini kadang-kadang berlaku di bursa-bursa saham dan disebut sebagai
‘market manipulation by syndicates’. Dalam membentuk sesuatu system kewangan
Islam, adalah wajar untuk mengadakan mekanisme bagi mengawal wujudnya keadaan
tersebut. Ia dianggap unsur negatif dalam pasaran menurut fiqh Islam.
UNSUR GHARAR • Gharar merujuk kepada
ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang tidak pasti
wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh
Islam menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar. • Gharar jika yasir, yakni
tidak melampau dianggap fenomena biasa dalam pasaran. Ini kerana untuk membasmi
dan menjamin pasaran tidak ada sama sekali unsur gharar adalah suatu yang
terlalu rumit. Oleh itu, fiqh Islam mengganggap al-gharar al-yasir tidak
menjadi suatu kecacatan pasaran.
UNSUR TADLIS AL ‘AIB • Tadlis al-‘aib bermaksud
menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang diketahui ada pada sesuatu
yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. • Kontrak mestilah
bersih dari unsur ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan
pertimbangan sendiri.
UNSUR AL- GHABNU AL-
FAHISY • Alghabnu
bermaksud kurang. Dalam kontrak al- mu’awadhah al-maliah (pertukaran pemilikan
harta) al- ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau pihak penerima
kontrak. • Dalam konteks harga terlalu tinggi, penjual memperoleh keuntungan
melampau, manakala pembeli mengalami kerugian teruk manakala pembeli mengalami
keuntungan tinggi. • Sekiranya al-ghabnu al-fahisy berlaku kerana suasana
pasaran sesuai dengan permintaan dan penawaran yang biasa tidak menjadi satu
kesalahan menurut fiqh Islam. Seperti gharar, jika al-ghabnu al-yasir (tidak
melampau) ia diiktiraf suatu yang normal dan fiqh Islam mengganggapnya bukan
suatu kecacatan pasaran.
UNSUR GHALAT • Ghalat bermaksud kesilapan, namun
bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran. Ghalat yang danggap tidak
negative ialah ghalat fi nafsi al-‘aqid yang bermaksud kesilapan kerana
pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak. • Ghalat yang mesti dipastikan
tidak wujud ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata). Pihak-pihak yang
berkontrak harus menentukan jenis perkara yang dilakukan kontrak keatasnya. •
Seboleh-bolehnya perkara yang dikontrakkan itu wujud bersama semasa pihak-pihak
itu berkontrak: sifat-sifatnya dilihat, diketahui dan ditentukan. Pada keadaan
perkara yang dikontrakkan itu tidak wujud semasa pihak-pihak itu berkontrak,
pihak-pihak yang terlibat mesti menentukan dengan jelas sifat-sifat perkara
yang akan wujud itu. •
Para ekonomi nonmuslim mengakui sistem ekonomi islam.Menurut
mereka, Islam telah berjaya menggabungkan etika dan ekonomi sementara sistem
kapitalis dan sosialis memisahkan keduanya. • Antara keduanya terdapat ikatan
sangat erat yang tidak terpisahkan. Dari sini boleh dikatakan bahawa orang
islam tidak akan menerima ekonomi kapitalis. • Dan ekonomi yang kekuatannya
berdasarkan wahyu dari labgit itu tanpa diragukan lagi adalah ekonomi yang
berdasarkan etika.Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis pada masa ini mengalami
kepincangan di dalam memastikan keadilan yang saksama dalam hal ekonomi. •
Krisis ekonomi yang melanda ekonomi dunia terkesan dari
kepincangan ekonomi kapitalis dan keruntuhan ekonomi sosialis digambarkan
dengan kejatuhan Rusia sebagai kuasa besar. • Rentetan dari kepincangan ekonomi
ini membuatkan ramai pakar ekonomi mula mempersoalkan keutuhan sistem-sistem
ekonomi ini. • Malah ramai yang mula untuk melihat kepada perbankan Islam dan
pasaran modal Islam walaupun tidak melihat keseluruhan sistem ekonomi Islam
sebagai pengganti sistem sedia ada dan menjadi pemacu kepada pembangunan
ekonomi.
Perbezaan utama di antara sistem-sistem dengan sistem ekonomi
Islam adalah konsep tauhid dimana ianya akan membezakan justeru aspek-aspek dan
komponen-komponen dalam di dalam sistem ekonomi tersebut. • Sistem ekonomi
bukan Islam di bangunkan dengan riba yang mana dilarang secara keras di dalam
ekonomi Islam. •Sistem kapitalis memberi kebebasan sepenuhnya di dalam
pemilikan dan aktiviti ekonomi dan di suatu ektrem yang lain sistem sosialis
tidak memberikan kebebasan di dalam pemilikan aktiviti ekonomi. • Sistem
ekonomi Islam mengambilkira pendekatan yang sederhana dengan member kebebasan
dan juga mengutamakan masyarakat, justeru mengurangkan jurang perbezaan di
antara yang berada dan yang tidak berada dengan peranan individu dan kerajaan
melalui aliran zakat sebagai contohnya. •
Objektif utama sistem ekonomi Islam ialah untuk mendapatkan
keredhaan Allah swt dengan memaksimakan falah dengan mendapatkan keuntungan
yang berpatutan sementara itu sistem kapitalis hanya memaksimakan keuntungan di
mana sistem sosialis memaksimakan pengeluaran. •.Hanya dengan sistem ekonomi
berasaskan Islam sahaja dapat memberikan keadilan serta kemakmuran disemua
peringkat masyarakat tanpa menindas atau meminggirkan mana - mana peringkat
masyarakat. Diharap dengan penerangan serba ringkas ini dapat menjelaskan
tujuan dan matlamat kami membangunkan sistem pengurusan ini untuk seluruh
masyarakat .Semoga anda semua dapat memahami penerangan ini .Terima kasih .
Dibawah ini diterangkan serba sedikit sistem ekonomi yang
lain untuk dibuat perbandingan sebagai rujukan.
Perbezaan ekonomi Islam
dan Konvensional
SISTEM EKONOMI
KONVENSIONAL •
Sistem ekonomi konvensional boleh dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang
sudah dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. • Suatu sistem
yang ditentukan oleh manusia di dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai
piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut ketentuan
masyarakat. • Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem kapitalis,
sosialis, komunis dan ekonomi campuran.
SISTEM EKONOMI
KAPITALIS • Sistem
ekonomi kapitalis merupakan sistem perusahaan bebas iaitu satu sistem ekonomi
yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan dan berasaskan keuntungan. • Bebas
mencari keuntungan • Menimbulkan masalah sosial dan ekonomi kerana terlibat
dengan aktiviti monopoli sehingga terjadi persaingan bebas. • Tidak
mementingkan kebajikan masyarakat malah hanya menjaga kepentingan individu. •
Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini adalah bersifat individu serta individu
juga bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asalkan kegiatannya
tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan
oleh masyarakat maka hak-hak ini boleh di atasi melalui tindakan masyarakat itu
sendiri. • Terlibat dengan melihat kepada kuasa pasaran dalam menentukan
pengeluaran, kos, menetapkan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan
pendapatan. • Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara
golongan kaya dengan golongan miskin.
Jurang pendapatan dan
kekayaan yang sangat besar.
Pemilikan sumber Ø Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh
individu. Ø Sumber ekonomi digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barangan. Ø
Individu bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh serta memenuhi kepuasan
mereka. • Matlamat pengeluaran Ø Firma mempunyai matlamat memaksimumkan
keuntungan dan mengabaikan kebajikan masyarakat. • Peranan mekanisme harga Ø
Harga di pasaran ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran melalui
mekanisme harga. Ø Pengeluar akan mengeluarkan barangan yang secara relatif
lebih untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Ø Pengguna pula akan membeli
barang secara relatif lebih untuk memperolehi utiliti maksimum.
Persaingan Ø Individu bebas bersaing antara satu sama lain. Ø
Pengeluar juga bebas bersaing dalam teknik pengeluaran. Ø Dengan wujudnya
persaingan, barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah lebih berkualiti dan
mempunyai harga berpatutan. • Keagungan pengguna dalam pasaran Ø Pengguna
dianggap sebagai ‘raja’ dalam pasaran. Ø Ini kerana corak peruntukan
sumber-sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna. Ini bermakna
pengeluar akan mengeluarkan keluarannya dengan berpandukan kepada permintaan
pengguna. Ø Pengeluar hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang
mempunyai permintaan sahaja supaya dapat menjamin keuntungan. Oleh itu,
kejayaan pengeluar dan kejayaan pasaran adalah bergantung kepada pengguna.
SISTEM EKONOMI SOSIALIS • Sistem ekonomi ekonomi sosialis
atau juga dikenali sebagai sistem perancangan pusat. • Sistem ekonomi ini diamalkan
bagi mengelakkan masalah- masalah timbul daripada sistem ekonomi pasaran bebas.
• Kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab dalam memutuskan persoalan masalah
asas ekonomi. Oleh itu, kerajaan terlibat secara langsung dalam merancang dan
mengawal kegiatan ekonomi. • Dalam sistem ekonomi ini juga, kerajaan memiliki
kuasa penuh dalam faktor pengeluaran atau sumber ekonomi, manakala rakyat atau
individu tidak diberi kebebasan untuk memilikinya.
Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi. Dalam sistem ekonomi
sosialis ini kerajaan campur tangan sepenuhnya dalam ekonomi melalui badan
perancang ekonomi. Badan ini berfungsi dalam menyelesaikan masalah asas
ekonomi. Badan ini juga akan menentukan apa dan berapa barang yang hendak
dikeluarkan. Selain itu, badan ini juga menentukan cara atau kaedah untuk
mengeluarkan barang dan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada masyarakat
supaya matlamatnya tercapai. • Hak Milik Negara. Hak milik negara bermaksud,
segala faktor-faktor pengeluaran dalam negara adalah dimiliki sepenuhnya oleh
pemerintah. Ini bererti, individu atau firma dalam negara itu tidak mempunyai
kebebasan untuk memiliki harta persendirian. Individu juga tidak ada kebebasan
dalam soal ekonomi, misalnya individu tiada hak untuk memilih pekerjaan.
Ini bermakna, semua
individu akan bekerja dengan kerajaan untuk mengeluarkan barang. Manakala,
kerajaan pula akan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada semua rakyat dan
rakyat tidak mempunyai hak untuk memilih barang yang disukai. tiada motif
keuntungan. • Kebajikan Masyarakat dan Bukannya Keuntungan. Tanggungjawab
kerajaan adalah untuk menguruskan ekonomi negara secara adil dan saksama dalam
pengagihan pendapatan dan kekayaan. Perancangan di peringkat pusat akan
menentukan projek ekonomi yang akan dijalankan. Projek-projek yang dirancang
akan menyumbangkan kebajikan kepada rakyat dan masyarakat.
SISTEM EKONOMI KOMUNIS • Sistem ini tidak mengiktiraf
pemilikan harta persendirian dan mengetepikan secara langsung dasar pasaran
bebas. • Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah
diuruskan oleh kerajaan. • Rakyat dan syarikat swasta tidak dibenarkan langsung
menguasai sumber-sumber negara. • Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan
kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. • Sistem ini telah diamalkan oleh
bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara
Afrika. • Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara atas kehendak
rakyatnya sendiri. Ideologi semata-mata • Dijadikan sebagai alat kekuassaan • Prinsip
utama adalah semuanya milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran
rakyat secara saksama. • Komunisme juga disebut sebagai anti liberalisme. •
komunisme melampaui agama. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 11
SISTEM EKONOMI CAMPURAN • Sistem ekonomi campuran merupakan
gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan
pusat. • Sistem ekonomi ini menggunakan mekanisme pasaran serta membenarkan
kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi. • Campur tangan kerajaan adalah
bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme pasaran. • Masalah asas
ekonomi campuran diselesaikan secara bersama oleh kerajaan dan pihak swasta.
Walau bagaimanpun, kuasa permintaan dan penawaran masih dipengaruhi oleh
mekanisme pasaran. • Individu dan firma dalam ekonomi campuran mempunyai
kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran. • Sistem
ekonomi campuran bermotifkan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi kerajaan
akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan kepentingan pengguna dan
faktor-faktor pengeluaran.
Krisis Ekonomi Paling
Teruk Dalam Sejarah Dunia
Hubungan sesebuah negara dengan negara terhubung melalui
pelbagai cara antaranya pasaran mata wang, hubungan perdagangan dan aliran
modal. Kemunculan syarikat multinasional juga mengeratkan lagi hubungan
antarabangsa antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
Oleh itu, apabila berlaku krisis ekonomi pada sesuatu negara,
kebiasaannya ia akan cepat merebak ke negara berdekatan kerana didorong oleh
faktor spekulasi dan ketakutan para pelabur. Dalam sejarah, krisis ekonomi
dunia sudah banyak kali berlaku dan Malaysia juga tidak dapat lari daripada
terkena tempias krisis ekonomi dunia ini.
Kali ini, kami ingin berkongsi senarai krisis ekonomi dunia paling teruk yang pernah
terjadi. Krisis ekonomi paling terbaru berlaku pada tahun 2007 - 2008 dan
terdapat sesetengah pihak beranggapan krisis ekonomi dunia adalah fenomena
biasa yang akan berlaku setiap 10 tahun. Adakah dakwaan ini benar?
Krisis Kredit 1777.
Antara krisis ekonomi terawal dalam sejarah. Krisis ini
bermula di London sebelum merebak dengan cepat ke negara-negara Eropah yang
lain. Pada tahun 1960-an, Empayar British telah mengaut begitu banyak kekayaan
hasil daripada penjajahan di beberapa buat negara dan juga daripada hasil
perdagangan. Situasi ini menyebabkan situasi optimistik dimana bank-bank lebih
mudah memberikan pinjaman kredit.
Krisis bermula apabila pada Jun 1777 apabila Alexander
Fordyce, iaitu salah seorang rakan kongsi bank utama di British telah melarikan
diri ke Perancis kerana mahu mengelakkan diri daripada pembayaran hutang.
Situasi ini menyebabkan situasi panik di England dimana ramai pendeposit telah
bertindak mengeluarkan simpanan mereka daripada bank, menyebabkan kekurangan wang
tunai. Krisis ini kemudiannya merebak ke Scotland, Belanda dan beberapa negara
Eropah.
Great Depression 1929 –
1939.
Great Depression 1929 – 1939.
Great Depression yang berlaku antara 1929 - 1939 tanpa syak
lagi merupakan krisis ekonomi dan kewangan paling teruk di abad ke 20. Untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai Great Depression, sila baca artikel Great Depression : Kemelesatan Ekonomi Paling
Teruk Dalam Sejarah.
Ramai pihak beranggapan ianya berpunca daripada kejatuhan
pasaran Wall Street pada tahun 1929 dan juga kesilapan kerajaan Amerika
Syarikat dalam membuat polisi dasar ekonomi. Krisis ekonomi ini terjadi dalam
tempoh 10 tahun lamanya dan menyebabkan kehilangan pendapatan yang banyak dan
peningkatan kadar pengangguran terutamanya di negara-negara maju. Ketika
kemuncak krisis ini pada 1933, kadar pengangguran di Amerika Syarikat mencecah
25%.
Krisis kewangan asia.
Krisis Ekonomi Asia
1997.
Krisis ekonomi pada tahun 1997 bermula daripada Thailand
sebelum merebak ke negara-negara Asia berhampiran seperti Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Korea Selatan. Spekulasi aliran modal daripada negara-negara maju
ke negara AsiaTenggara telah mencetuskan era optimistik yang mengakibatkan
pertambahan pemberian kredit secara drastik dan terlalu banyak pengumpulan
hutang.
Pada bulan Julai 1997, kerajaan Thailand terpaksa menukar
kadar pertukaran tetap wang terhadap Dollar Amerika Syarikat yang sudah lama
dikekalkan akibat kekurangan sumber mata wang asing. Keadaan ini menyebabkan
situasi panik dalam pasaran kewangan Asia seterusnya menyebabkan pelabur asing
menarik kembali pelaburan mereka di negara-negara Asia.
Keruntuhan lehman
brothers.
Krisis ekonomi 2007 – 2008.
Kemelesetan ekonomi pada tahun 2007 - 2008 dikatakan krisis
ekonomi paling teruk dalam sejarah semenjak zaman Great Depresssion. Krisis
ekonomi pada ketika ini telah menyebabkan kekacauan di pasaran kewangan di
seluruh dunia . Ianya bermula apabila pasaran harga rumah jatuh mendadak di
pasaran Amerika Syarikat, menyebabkan keruntuhan institusi Lehman Brothers,
iaitu sebuah bank pelaburan terbesar di dunia.
Keruntuhan Lehman Brothers menyebabkan kerajaan Amerika
Syarikat terpaksa memberikan bailout, iaitu bantuan kewangan untuk mengelakkan
institusi kewangan ini daripada runtuh. Akibatnya, kerajaan terpaksa
mengurangkan import daripada negara luar dan hasil eksport juga terkesan.
Akibat dari tindakan Amerika Syarikat ini, GDP negara juga terkesan termasuklah
segala instrumen kewangan yang mempunyai kaitan dengannya.
Kesan daripada krisis ekonomi ini, pemberian kredit oleh bank
menjadi sukar, keyakinan pelabur makin berkurangan dan pengangguran meningkat
dengan mendadak sekali. Ianya mengambil masa hampir 10 tahun lamanya untuk
keadaan kembali kepada sediakala.
Ini hanyalah sebahagian dari penerangan ringkas dan contoh kelemahan yang ada pada sistem ekonomi yang ada pada hari ini .
Hampir kesemua sistem ekonomi
selain dari ekonomi berasakan
Islam ternyata mempunyai pelbagai kelemahan serta kepincangan yang hanya
menanti masa untuk mengalami keruntuhan dan akan menjadi bencana kepada seluruh
masyarakat sebagaimana yang telah
terjadi sebelum ini , didalam skala keruntuhan yang berkali ganda lebih dahsyat
dari apa yang telah terjadi sebelum ini. Adakah kita semua telah bersedia untuk
menghadapi semua ini dan apakah persediaan kita untuk menghadapinya. IsyaAllah
hanya sistem ekonomi berasaskan Islam sahaja yang akan dapat menyelamatkan kita
dari bencana ekonomi ini.
Sebagai manusia biasa, kita juga perlu menerima hakikat
pusingan alam yang telah ditentukan Tuhan. Ada ketika berada di atas dan
pastinya akan turun semula. Ada kala menguntungkan dan ada masa merugikan pula.
Ini semua adalah bukti kekuasaan dan ketentuan Allah S.W.T bagi mereka yang
berfikir.
Sebesar dan sehebat mana pun kuasa dan empayar dunia apabila
tiba masanya ianya akan runtuh tanpa ada sesiapa pun akan dapat menghalangnya
sebagaimana yang telah berlaku terhadap pelbagai kuasa dan empayar sebelum ini
sejak ribuan tahun lagi.
0 Comments